Thursday, May 8, 2008

Panitia Kimia

Sejarah Penubuhan

Panita Kimia sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 2001 berikutan dengan adanya pelajar-pelajar tingkatan empat buat pertama kali di sekolah ini. Seramai 51 orang mengambil kimia dan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2002.

Visi

Menjadikan SMK Simpang Rengam sekolah yang terbaik dikalangan yang terbilang

Misi

Melaksanakan tugas dan tangungjawab berlandaskan kejujuran dan keikhlasan agar kejayaan yang diperolehi memberi manfaat kepada semua pihak secara keseluruhannya.

Matlamat


Membolehkan pelajar mengetahui, memahami dan mengaplikasikan Kimia dalam kehidupan seharian

Objektif

Membolehkan pelajar

  • memperoleh pengetahuan kimia dan menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian.

  • menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.

  • mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskannn sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan.

  • mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

  • menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains.



Carta Organisasi


PENGETUA
Pn. Hjh. Rohani Bt Bakar
GURU PENOLONG KANAN
Tn. Hj. Mohamad B Yusof
GURU KANAN MATAPELAJARAN
Tn. Hj. Hanafi b Jasman
KETUA PANITIA
Pn Chua Hwee Kian
GURU MATA PELAJARAN
Tn Hj Mohamad B Yusof
En Sensrazazli B Bahrim



Tenaga Pengajar


Tn. Hj. Mohamad Yusof
Kelulusan Sarjana Muda Sains (Kep.) dalam bidang kimia pada tahun 1984, Diploma Pendidikan 1985 di UKM dan Sarjana Kepengetuaan (kep.) di Universiti Malaya pada tahun 2002
Sudah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 23 tahun dan pernah mengajar mata pelajaran kimia selama 15 tahun. Beliau juga berpengalaman memeriksa kertas 2 Kimia SPM selama 2 tahun.
Antara sekolah-sekolah yang pernah beliau berkhidmat termasuklah SMK(BM) Saratok, Sarawak, SMK Layang-layang dan SMK Dato Hj Hassan Yunos, Rengam. Kini bertugas di sekolah ini sebagai guru penolong kanan.



Pn Chua Hwee Kian
Kelulusan Sarjana Muda Sains (Kimia) pada tahun 1995 dan Dip Pendidikan (Kimia dan Matematik) pada tahun 1996 di UM.
Mula menceburi bidang perguruan sebagai guru kimia dan matematik pada tahun 1996 di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru.
Pernah berkhidmat di SMK La Salle, Klang selama 2 tahun sebelum pindah ke sekolah ini.



En Sensrazazli Baharim
Kelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kimia di UKM dan KPL! di MP Ipoh, Perak pada tahun 2000.
Mula berkidmat di SMK Simpang Rengam sebagai guru sesi petang nagi mata pelajaran Sains pada tahun 2001. Kini bertugas di sesi pagi sebagai guru Kimia.




Pencapaian SPM 2002-2007

Program Panitia


1. Perkampungan Sains Tulen Teknik menjawab soalan Kertas 2 dan 3.
2. Program Cepat Tangkas 5 minit -memberi soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas dan
dilaksanakan setiap kali waktu P&P
3. Kelas tambahan / Ibnu Sina /Extended Learning Programme.
4. Gerak-gempur soalan berformat SPM